Friday, March 20, 2009

Malaysia kini dan Malaysia dulu

Dalam menghadapi era kemodenan dan globalisasi yang semakin mencabar, pelbagai perubahan telah berlaku di bumi Malaysia yang tercinta ini. gerombolan-gerombolan manusia berebut-rebut untuk meneruskan survival kehidupan dengan mengunakan pelbagai cara, ada yang menjadi hamba kepada dunia malah terdapat juga diantara mereka memilih untuk mencari jalan singkat mencapai syurga... hingga terlupa yang peristiwa terdahulu sehingga menyesakkan nafas kehidupan gerombolan-gerombolan dominan yang lebih memilih untuk terus hidup dalam keadaan yang aman serta harmoni, kehidupan yang dapat dijadikan sumber untuk meneruskan kesinambungan serta kenikmatan hidup didalam bumi bertuah ini... kehidupan yang dapat diwaris kepada gerombolan yang terkemudian....